Utama

Masih terkial-kial untuk membina blog wordpress ke hosting sendiri dengan kos serendah RM 0.00?

Anda Boleh Lakukannya Dalam Masa 5 Minit Sahaja!

Ikuti segala langkah demi langkah yang bakal saya tunjukkan kepada anda!

Prasyarat

Pastikan anda telah memiliki domain dan hosting dari mana-mana penyelia hosting, sebagai contoh: Profithoster.com

LANGKAH PERTAMA:
Login ke ruangan cpanel domain anda. Pada browser, taip seperti berikut:

“namadomainanda.com/cpanel”

url

LANGKAH KEDUA:
Masukkan username dan password username cpanel anda

login

LANGKAH KETIGA:
Pada paparan Cpanel anda, cari bahagian “Software and Services” dan klik pada icon ‘Softaculous

softaculous

LANGKAH KEEMPAT:
Dari pilihan pelbagai skrip, bawakan tetikus (mouse) anda ke ikon WordPress

select-wordpress

LANGKAH KELIMA:
Klik butang Install pada ikon WordPress

install

LANGKAH KEENAM:

Bahagian Pertama:
Pilih lokasi blog anda. Sekiranya anda ingin install pada domain utama/add-on domain anda, pilih sahaja dari senarai.

pilih-senarai-domain

Bahagian Kedua:
Sekiranya anda ingin install pada domain utama anda, bahagian ‘In Directory’ dibiarkan kosong. Warna kotak hijau adalah pilihan domain/add-on domain dari Bahagian Pertama

install-situasi-a

Sekiranya anda ingin install pada subdirectory domain anda, maka isikan nama mengikut kesesuaian anda pada ‘In Directory’.

install-situasi-b

Dalam contoh ini, blog wordpress akan diinstall pada subdirectory rizaniaga.com, dan diberikan nama ‘blog’

Bahagian Ketiga:
Masukkan informasi yang berkaitan pada bahagian ‘Site Settings’ (kotak warna hijau). Site Name dan Site Description mesti diisi. Anda boleh ubah kembali apa yang telah anda tulis pada bahagian ini.

Manakala bahagian ‘Database Settings’ (kotak warna hitam) anda boleh abaikan.

db-and-site-settings

Bahagian Keempat:
Masukkan informasi pada Admin Username (kotak hitam); Admin Password (kotak merah); dan Admin Email (kotak hijau). Pastikan username dan password dipilih itu selamat dan tidak diketahui oleh sesiapa. Jangan sesekali menggunakan username dan password yang mudah diteka seperti ilustrasi di bawah ini

password

Untuk ruangan ‘Choose Language’ dan ‘Select Plugins’ anda boleh abaikan sahaja

language-and-plugin

Bahagian Kelima:
Pada bahagian ‘Advanced Options’, tandakan tick (check) pada Auto Upgrade; Auto Upgrade WordPress Plugin; dan Auto Upgrade WordPress Themes. Pilihan ini akan menjadikan blog anda akan sentiasa dikemaskini.

advanced-options

Harus diingatkan, kemaskini otomatik ini hanya untuk plugin dan themes percuma sahaja. Untuk plugin dan themes berbayar, anda perlu merujuk terma dan syarat dari pihak berkenaan

Anda juga boleh memilih themes percuma yang ditawarkan. Untuk contoh ini, themes percuma ini tidak akan dipilih.

select-free-themes

Bahagian Keenam:
Setelah anda berpuas hati, anda boleh tekan butang install (kotak warna hitam). Disarankan juga untuk memasukkan email pada ruangan ‘Email installation details to’ (kotak warna hijau)

install-wordpress

Setelah menekan butang ‘Install’, perisian Softaculous akan memaparkan status proses setup yang berkaitan. Masa standard yang ditetapkan sekitar 3-4 minit. Sekiranya talian internet di kawasan anda tiada sebarang masalah, tempoh install hanya mengambil masa kurang dari 1 minit

progress-bar

LANGKAH TERAKHIR
Perisian Softaculous akan memaklumkan proses setup telah berjaya.

finish

Apa yang perlu anda lakukan adalah klik url yang telah dinyatakan. Untuk contoh ini, satu blog baharu telah siap dicipta pada url http://rizaniaga.com/blog

blog-demo

Anda juga boleh membaca status proses install ini pada email anda (sekiranya anda mengisi email pada ‘Email installation details to’ – rujuk Bahagian Keenam yang telah dinyatakan di atas)

email-setup

Seperti yang telah ditunjukkan pada ilustrasi di atas, sekiranya anda telah memilih opsyen “Auto Upgrade”, maka anda tak perlu buat apa-apa lagi untuk mengemaskini versi WordPress. Hanya semak email sahaja 🙂

updated-automatically

Semoga Bermanfaat

rizal

Langgan PakejBlog.com
Sertai mailing list dari PakejBlog.com untuk menerima sebarang tutorial percuma, juga informasi/tawaran terbaharu.
Kami ANTI-spam. Nama dan email anda tidak akan dijual/dikongsi kepada sesiapa.

Wordpress itu Mudah dan Senang Dikuasai